Vivo V19 Kini Rasmi – Dwikamera Depan, Snapdragon 712, 8GB RAM, Pengecasan 33W Comments Off on Vivo V19 Kini Rasmi – Dwikamera Depan, Snapdragon 712, 8GB RAM, Pengecasan 33W

Semalam beberapa keping gambar yang menunjukkan vivo V19 telah tertiris, hari ini peranti itu telah dilancarkan secara rasmi menerusi laman sesawang Vivo Malaysia.

Daripada segi rekaan, vivo V19 hadir dengan kamera depan berlubang pada skrin dan modul kamera segi empat di bahagian belakang. Peranti ini dilengkapi skrin Super AMOLED 6.44-inci FHD+ disamping membenamkan kamera swafoto 32MP dan 8MP yang bersudut lebar. Penggambaran kamera depan turut menyertakan ciri-ciri seperti Super Night Selfie, Super Wide-Angle Selfie, Selfie Softlight Band, dan Ultra Stable Selfie Video.

Vivo V19 menawarkan kuadkamera belakang yang terdiri daripada lensa utama 48MP, ultralebar 8MP, lensa kedalaman 2MP, dan lensa jarak dekat makro 2MP. Keempat-empat kamera ini berupaya melakukan pelbagai jenis fotografi antaranya seperti Super Night Portrait, Ultra Stable Video, Mono Mode, dan Art Portrait Video.

Daripada segi kuasa, vivo V19 dipadankan dengan cipset Snapdragon 712, 8GB RAM, dan 128GB storan. Manakala baterinya pula dimuatkan 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas vivo FlashCharge 2.0 33W yang membolehkan peranti dicas dari 0% hingga 54% hanya dalam masa 30 minit.

vivo V19 sesuai untuk dibuat bermain permainan apabila vivo menyumbatkan ciri Multi-Turbo 3.0 dan Ultra Game Mode. Sokongan lain menyertakan Bluetooth 5.0, port USB Type-C, tiga slot kad (nano+nano+microSD), dan pengimbas cap jari pada skrin. Melengkapkan spesifikasi, peranti ini menjalankan sistem operasi Funtouch OS 10 berasaskan Android 10 dengan dua pilihan warna iaitu Gleam Black dan Sleek Silver.

Buat masa ini, vivo Malaysia tidak mendedahkan harga atau mengumumkan tarikh ketersediaan peranti ini. Jadi agak-agak berapakah harga jualan peranti ini nanti ya?

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend