Vivo V15 Warna Merah Jambu Akan Diperkenalkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi Comments Off on Vivo V15 Warna Merah Jambu Akan Diperkenalkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Vivo Malaysia baru sahaja melepaskan imej acah terbaru menunjukkan peranti V15 dengan warna merah jambu. Dinamakan ‘Blossom Pink’, peranti ini dikatakan bakal hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Tiada tarikh khusus bilakah warna baharu ini akan mula dijual, tetapi dengan pengacahan ini kami yakin ia akan ditawarkan kepada orang ramai dalam masa terdekat. Daripada segi spesifikasi, kami tidak merasakan Vivo akan menggunakan konfigurasi yang berbeza daripada asal.

Bagi yang belum tahu, V15 dilengkapi kamera depan terangkat 32MP, kamera utama 12M + 8MP + 5MP, dan bateri sebesar 4,000mAh. Paparan skrin yang diguna pakai pula adalah berukuran 6.53-inci FHD+ penuh tanpa takuk.

Buat masa ini, Vivo V15 ditawarkan dalam pilihan warna Topaz Blue dan Glamour Red. Harga pula ialah RM1,299 (asal RM1,399) untuk satu pilihan memori 6GB RAM dan 128GB storan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend