Vivo V15 Pro Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Rekaan Kamera Swafoto ‘Pop-Up’ 32MP Comments Off on Vivo V15 Pro Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Rekaan Kamera Swafoto ‘Pop-Up’ 32MP 524

Dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Februari nanti untuk pasaran Malaysia, hari ini Vivo India telahpun melancarkan model terbaharunya iaitu Vivo V15 Pro untuk pasaran di sana.

Vivo V15 Pro telah dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 675 yang pertama diperkenalkan pada telefon pintar, dan ia hanya tersedia dalam satu varian sahaja iaitu 6GB + 128GB. Manakala untuk aspek pengoperasian pula, peranti ini telah menerima antaramuka FunTouch OS 5.0 berasaskan Android 9.0 Pie.

Keupayaan penggambarannya dibantu dengan tiga kamera beresolusi 48MP Samsung ISOCELL GM1 (f/1.8) + 8MP (f/2.4) + 5MP (f/2.4). Ia turut tersedia dengan pelbagai ciri AI seperti AI Face Beauty, AI Scene Recognition, AI Portrait Framing, AI Body Beauty, AI Selfie Lighting, dan juga AI Super Night Mode.

Memandangkan ia hadir dengan rekaan skrin penuh Super AMOLED sebesar 6.39 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel), Vivo V15 Pro telah menempatkan sensor pengimbas cap jari di dalam paparan skrinnya. Manakala kamera swafoto beresolusi 32MP (f/2.0) daripada sensor Samsung ISOCELL GD1 pula tampil dalam rekaan pop-up mirip seperti Vivo NEX.

Istimewanya ia turut tersedia dengan fungsi untuk mengoptimumkan pengalaman permainan dengan sokongan Game Mode 5.0 yang mampu menjanjikan prestasi yang lebih baik. Dari segi ketahanan penggunaannya pula, Vivo V15 Pro telah dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3,700 mAh yang menyokong teknologi pengecasan pantas.

Vivo V15 Pro ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Topaz Blue dan Ruby Red akan dijual di India pada harga Rs.28,990 iaitu kira-kira RM1,657.

Baca juga:

[Pra-Pandang] Vivo V15 Pro Menampilkan Rekaan Kamera Swafoto Yang Boleh ‘Disembunyikan’

Vivo V15 Pro Dengan Kamera Swafoto 32MP Dan Tiga Kamera Utama 48MP Boleh Dipra-tempah Di Satu Gadget

Vivo V15 Pro Dengan Kamera Pop-Up Akan Dijual Pada Harga RM1899?

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend