Vivo V15 Pro Dengan Kamera Swafoto 32MP Dan Tiga Kamera Utama 48MP Boleh Dipra-tempah Di Satu Gadget Comments Off on Vivo V15 Pro Dengan Kamera Swafoto 32MP Dan Tiga Kamera Utama 48MP Boleh Dipra-tempah Di Satu Gadget 874

Pada awal Februari yang lepas, Vivo Malaysia telah berkongsi satu video acah yang mendedahkan kehadiran Vivo V15 dan V15 Pro untuk pasaran tempatan. Dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi 20 Februari 2019 nanti, Vivo V15 Pro menampilkan rekaan paparan skrin penuh tanpa rekaan takuk ataupun lubang kamera pada skrin.

Hadir dengan rekaan kamera swafoto yang tersembunyi di sebalik kerangka mirip seperti model Vivo NEX, Vivo V15 Pro menjanjikan kualiti swafoto dengan resolusi 32MP yang pertama di dunia. Ia juga dijangka akan menyokong skrin penuh Super AMOLED berukuran 6.39 inci, memori 6GB + 128GB, dan bateri sebesar 3700 mAh.

Istimewanya Vivo V15 Pro turut tersedia dengan keupayaan penggambaran tiga kamera beresolusi 48MP + 8MP + 5MP. Sokongan lensa AI ini turut menjanjikan kejelasan yang lebih baik dan gambar yang lebih terang dalam persekitaran yang gelap. Menariknya, ia juga turut menyokong lensa dedikasi untuk mendapatkan penggambaran bersudut luas.

Memandangkan model ini bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia, Satu Gadget Dot Com baru-baru ini telah mengumumkan pra-tempah untuk model Vivo V15 Pro. Lebih menariknya, setiap pra-tempah akan turut ditawarkan dengan hadiah percuma bernilai mencecah sehingga RM999.


Jadi bagi mendapatkan belian Vivo V15 Pro yang terbaik, ikuti kemas kini sesi pra-tempah di Facebook Satu Gadget Dot Com.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend