Vivo V15 Pro (8GB+128GB) Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,899 Bermula 20 April Comments Off on Vivo V15 Pro (8GB+128GB) Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,899 Bermula 20 April 447

Vivo Malaysia hari ini mengemas kini barisan peranti mereka apabila mengumumkan kehadiran V15 Pro versi 8GB RAM dan 128GB storan ke pasaran tempatan. Ia ditawarkan pada harga yang kompetitif iaitu RM1,899 seunit – hanya RM100 lebih mahal berbanding versi biasa.

Vivo V15 Pro 8GB+128GB dilengkapi spesifiasi yang sama seperti versi biasa, ia dikuasakan cipset Qualcomm Snapdragon 675 AIE, sistem operasi FunTouch OS 9, kamera belakang 48MP, setersusnya kamera depan terangkat sebesar 32MP. Bateri yang menghidupan peranti adalah sebesar 3,700mAh yang turut menyokong sistem pengecasan pantas VOOC.

Menurut Vivo lagi, peranti V15 Pro dengan memori besar ini sebenarnya telah diperkenalkan pada acara perlawanan PUBG Mobile (PNMC) 2019 minggu lepas. Jadi, bagi yang ingin mendapatkan peranti ini, anda boleh memilikinya bermula Sabtu, 20 April ini melalui wakil penjual sah seluruh negara.

Lihat juga:

[Pra-Pandang] Vivo V15 Pro Menampilkan Rekaan Kamera Swafoto Yang Boleh ‘Disembunyikan’

Video: Buka Kotak Vivo V15 Pro

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend