Vivo V15 Pada Harga RM1 Hanya Di Maxis Comments Off on Vivo V15 Pada Harga RM1 Hanya Di Maxis

Sekiranya anda mencari pelan pascabayar dengan tawaran terbaik, Maxis kini menawarkan Vivo V15 pada harga serendah RM1. Dengan melanggan pelan Maxis One 188, anda boleh mendapatkan telefon pintar terbaru daripada Vivo pada harga lebih murah daripada secawan kopi-O.

Pelan ini didatangkan bersama internet bulanan sebanyak 60GB serta panggilan dan SMS tanpa had pada harga RM188 sebulan. Tetapi jika pelan ini tidak bersesuaian, anda masih boleh mendapatkan Vivo V15 pada harga lebih rendah berbanding di pasaran melalui pelan Maxis One 158, 128, atau 98. Anda boleh membeli pelan dan peranti ini secara dalam talian di Maxis.com.my bermula hari ini.

Spesifikasi Vivo V15:

  • Funtouch OS 9.0 (Android 9.0 Pie)
  • MediaTek Helio P70
  • 6GB + 128GB (microSD sehingga 256GB)
  • 6.53 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Corning Gorilla Glass 5
  • Kamera depan: 32MP
  • Kamera utama: 12MP (24MP photosensitive unit) + 8MP (Ultra Wide) + 5MP (Depth sensor)
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth v4.2, microUSB
  • 4000 mAh (Dual-Engine Fast Charging)
  • Pilihan warna: Topaz Blue, Glamour Red (tidak ditawarkan)

Baca juga:

Vivo V15 Warna Merah Jambu Akan Diperkenalkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Vivo V15 Pro (8GB+128GB) Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,899 Bermula 20 April

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend