Vivo V15 Blossom Pink Dilancarkan – 1,000 Keping Baucar SimplySiti Menanti Pelanggan Terawal Comments Off on Vivo V15 Blossom Pink Dilancarkan – 1,000 Keping Baucar SimplySiti Menanti Pelanggan Terawal

Vivo V15 Blossom Pink hari ini telah dilancarkan secara rasmi oleh Vivo Malaysia untuk pasaran tempatan. Telefon pintar edisi terhad ini akan mula dijual pada 18 Mei depan dengan tanda harga RM1,299 seunit. Menariknya, setiap pembelian Vivo V15 Blossom Pink, pelanggan akan menerima hadiah eksklusif berupa pembersih udara berwarna merah jambu.

Bersama-sama majlis pelancaran ini, Vivo turut mengumumkan kerjasama dengan syarikat produk kecantikan, SimplySiti untuk tawaran isitimewa kepada para pelanggan. Seribu pelanggan pertama yang membuat pembelian Vivo V15 Blossom Pink di mana-mana kedai konsep Vivo akan membawa pulang baucar SimplySiti bernilai RM50 yang juga boleh digunakan untuk membeli produk terbaru, SimplySiti Red Collection.

Vivo V15 Blossom Pink hadir dengan spesifikasi yang serupa dengan V15 sebelum ini menerusi skrin Ultra FullView Display 6.53-inci FHD+, kamera depan terangkat 32MP dan kamera belakang 12MP+8MP+5MP berkuasa AI. Ia juga memuatkan bateri sebesar 4,000mAh dengan teknologi Dual Engine Fast Charging disamping cip pemproses MediaTek Helio P70. Edisi ini hanya didatangkan dengan satu pilihan memori sahaja iaitu 6GB RAM dan 128GB storan.

Tonton video buka kotak Vivo V15 Blossom Pink:

Baca juga:

[Pra-Pandang] Vivo V15 Blossom Pink – Apa Perbezaan Pada Warna Baharu Ini?!

Vivo V15 Warna Merah Jambu Akan Diperkenalkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend