Vivo V15 Akan Mula Dijual Di Malaysia Tidak Lama Lagi Comments Off on Vivo V15 Akan Mula Dijual Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Vivo Malaysia hari ini melalui laman Twitter mereka telah mengumumkan bahawa peranti V15 yang terbaharu akan tiba ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Ini selaras dengan pengenalan peranti pada majlis pelancaran Vivo V15 Pro pada 26 Februari yang lalu.

Dalam poster yang dikongsikan, Vivo V15 akan tampil dengan rekaan kamera terangkat 32MP bersama skrin penuh bersaiz 6.53-inci FHD+. Berdasarkan kertas spesifikasi yang ditunjukkan di laman rasmi, peranti ini turut dilengkapi cip pemproses MediaTek P70 berkelajuan 2.1GHz serta memori sebesar 6GB RAM dan 128GB storan.

Bateri yang dimuatkan pula sebesar 4,000mAh dan dijana sistem antaramuka Funtouch OS 9 berasaskan Android Pie. Kamera belakang pula dipadankan dengan sensor 12MP f/1.8 + 8MP f/2.2 + 5MP f/2.4 yang dikuasakan AI. Peranti ini mungkin akan ditawarkan dalam pilihan warna Topaz Blue dan Glamour Red.

Apa yang membuat peranti ini berbeza dengan V15 Pro adalah ia hadir dengan pengimbas cap jari di panel belakang berbanding dalam skrin.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend