Vivo V11i Dan Y81i Kini Lebih Murah, Dijual Pada Harga RM499 Dan RM1099 0 653

Vivo Malaysia hari ini telah mengumumkan satu berita gembira buat peminat telefon pintar keluarannya dengan menurunkan harga jualan rasmi untuk dua model yang baru sahaja dilancarkan iaitu Vivo V11i dan Vivo Y81i.

Vivo V11i yang telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada September yang lalu sudah boleh dimiliki pada harga RM1,099 (harga asal RM1,299) bermula hari ini. Ia dikuasakan dengan pemproses MediaTek Helio P60, konfigurasi memori 4GB + 128GB, paparan skrin 6.3 inci FHD+, bateri 3315 mAh (9V2A), kamera swafoto 25MP, dan juga dwi kamera utama AI 16MP + 5MP.

Manakala Vivo Y81i yang baru sahaja diperkenalkan pada Oktober yang lalu pada harga RM599 kini dijual pada harga hanya RM499. Hadir dengan paparan skrin 6.22 inci HD+, ia dikuasakan dengan pemproses MediaTek MT6761, 2GB + 16GB, bateri 3260 mAh, kamera swafoto 5MP, dan kamera utama 13MP.

Kedua-dua model ini boleh dimiliki secara atas talian melalui platform e-dagang seperti Vivo Store, Lazada, 11Street, Shopee, Lmall, ezbuy, dan juga Aladdin Street.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend