Vivo V11 Diperkenalkan Dengan Skrin AMOLED 6.41″, Snapdragon 660, Storan 128GB Comments Off on Vivo V11 Diperkenalkan Dengan Skrin AMOLED 6.41″, Snapdragon 660, Storan 128GB

Vivo V11 akhirnya dilancarkan secara rasmi selepas banyak maklumat tertiris mengenainya di arena sesawang. V11 diletakkan di bawah kategori kelas pertengahan yang menawarkan skrin bertakuk kecil berkonsepkan titisan air. Paparan AMOLED 6.41-inci yang dipadankan juga menempatkan pengimbas cap jari pada skrin seakan peranti vivo NEX.

Daripada kuasa cipset Snapdragon 660, peranti ini juga menawarkan memori sebesar 6GB RAM dan 128GB storan. Terdapat tiga ruang slot untuk kad microSD dimasukkan disamping sokongan dwi SIM. Kamera pada peranti ini menggunakan sensor yang terkini 12MP f/1.8 + 5MP f/2.4. Konfigurasi kamera ini turut dapat dilihat pada vivo X21 dan vivo NEX yang lalu. Manakala untuk pengalaman swafoto, kamera depan menyokong ciri AI menerusi sensor 25MP f/2.0.

Daripada segi kuasa, vivo V11 dibekalkan bateri berkapasiti 3,400mAh yang boleh dicas pantas melalui sambungan microUSB berkuasa 18W dan bukan jenis USB Type-C. Peranti ini dijana antaramuka FunTouch OS 4.5 berasakan Android 8.1 Oreo selain ciri Jovi AI Engine pula membolehkan peranti beroperasi dengan lebih cekap tenaga serta pantas semasa membuka aplikasi.

Vivo V11 didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Starry Night dan Nebula. Untuk pengetahuan anda, peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia pada 13 September depan. Jadi, sama-sama kita tunggu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend