Vivo V11 Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Disahkan Bakal Masuk Pasaran Malaysia Comments Off on Vivo V11 Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Disahkan Bakal Masuk Pasaran Malaysia

Jika sebelum ini vivo India telah mengumumkan akan melancarkan model terbaru vivo V11 Pro untuk pasaran di sana, dan nampaknya vivo Malaysia juga telah mengesahkan untuk membawa masuk model ini ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Namun berbeza dengan nama yang digunakan untuk pasaran di India, vivo Malaysia akan memperkenalkan model ini dengan nama vivo V11 untuk pasaran tempatan.

Perkara ini telah disahkan melalui perkongsian Twitter vivo Malaysia dan juga penukaran cover akaun Facebook vivo Malaysia baru-baru ini. Dengan menampilkan rekaan skrin bertakuk ‘Halo FullView Display’, vivo V11 didakwa akan dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 660 dan juga akan dioperasikan dengan Android 8.1 Oreo.

Berdasarkan khabar angin, vivo V11 juga dipercayai menyokong skrin 6.41 inci Super AMOLED FHD+, dwi kamera utama 12MP + 5MP, kamera hadapan 25MP, storan 128GB, RAM 6GB, dan juga bateri berkapasiti 3400 mAh. Walau bagaimanapun, buat masa ini harga dan juga tarikh pelancarannya masih lagi belum diumumkan secara rasmi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend