Vivo Umum Maklumat Pendaftaran Untuk PUBG Mobile Malaysia National Championship 2019 Comments Off on Vivo Umum Maklumat Pendaftaran Untuk PUBG Mobile Malaysia National Championship 2019 622

PUBG Mobile Malaysia National Championship 2019 (PMNC 2019) tahun ini telah dibawakan oleh Vivo. Selaku penaja utama, Vivo hari ini mengumumkan secara rasmi maklumat mengenai pendaftaran untuk peserta yang berminat. Bagi pemain PUBG Mobile yang ingin menyertai kejohanan ini, pendaftaran telah dibuka bermula hari ini.

Menariknya pada tahun ini, PNMC 2019 telah dikembangkan kepada enam pusingan kelayakan yang mana johan kumpulan akan melayakkan diri ke acara Grand Finals. Pendaftaran dibuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 ke atas yang memiliki akaun sah PUBG Mobile.

Setiap pasukan boleh mendaftar sehingga empat peserta (satu skuad) malah pemain hanya boleh menggunakan akaun mereka sendiri tanpa menggunakan akaun individu lain. Bermain dengan menggunakan bukan akaun milik sendiri membolehkan namanya digugurkan daripada kejohanan.

Sebanyak enam negeri dipilih untuk tahun ini dan ia akan berlangsung di Selangor, Sabah, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, dan Sarawak. Dua pasukan teratas untuk setiap pusingan kelayakan pula akan berentap dengan empat kumpulan Pro jemputan di acara Grand Finals nanti.

Dengan dua pasukan untuk setiap negeri, maka keselurahan 16 pasukan bakal merebut peluang memenangi hadiah berjumlah RM114,000. Pusingan pertama akan diadakan pada 27 April 2019 di Sunway Lagoon.

Lokasi Kejohanan:

  • Selangor – Sunway Lagoon pada 27 April 2019
  • Sabah – Suria Sabah pada 25 Mei 2019
  • Kuala Lumpur – Sunway Velocity Mall pada 1 Jun 2019
  • Pulau Pinang – Hin Bus Depot pada 15 Jun 2019
  • Johor – Paradigm Mall pada 22 Jun 2019
  • Sarawak – Emart Batu Kawan pada 29 Jun 2019
  • Grand Finals – (akan diumumkan kelak)

Maklumat lanjut, anda boleh layari portal rasmi PNMC 2019 di sini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend