Vivo Umum Lebih 2 Juta Unit Vivo NEX Berjaya Dijual Sejak Dilancarkan Secara Rasmi 0 211

Vivo NEX sebelum ini telah berjaya mengejutkan banyak pihak apabila ia hadir dengan rekaan skrin penuh yang dikenali sebagai Ultra FullView Zero Screen Display. Bahkan apa yang lebih istimewanya, Vivo NEX turut dilengkapi dengan rekaan inovasi pada kamera hadapannya yang berjaya disembunyikan di dalam kerangka.

Sejak dilancarkan secara rasmi pada Jun yang lalu, Vivo NEX dilaporkan telah berjaya dijual lebih 2 juta unit dan perkara ini telah dikongsikan sendiri oleh Naib Presiden Eksekutif Vivo iaitu Hu Baishan. Angka ini sememangnya agak hebat tetapi ia tidak mengejutkan kerana pada suku ketiga 2018, Vivo dilihat telah berjaya mendominasi perkongsian pasaran di China dengan mengatasi jenama OPPO dan Huawei.

Apa yang pasti, Disember ini Vivo bakal tampil dengan model terbaharunya yang dikenali sebagai Vivo NEX Dual Screen.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend