Vivo U3 Rasmi Dengan Snapdragon 675, RAM 6GB, Bateri 5000mAh Dan Pengecasan Pantas 18W Comments Off on Vivo U3 Rasmi Dengan Snapdragon 675, RAM 6GB, Bateri 5000mAh Dan Pengecasan Pantas 18W 242

Vivo dilihat sebagai antara pengeluar yang sangat komited dalam memperkenalkan model baharu dan ini jelas dapat dilihat dengan kemunculan satu lagi model baharu iaitu Vivo U3. Walaupun dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi di China pada 21 Oktober 2019, maklumat tentang Vivo U3 sudahpun didedahkan kepada umum.

Vivo U3 dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 675, ruang storan sebesar 64GB, dan juga memori RAM sehingga 6GB. Dioperasikan dengan Funtouch OS 9 berasaskan Android 9.0 Pie, Vivo U3 turut menyokong kapasiti bateri sebesar 5000mAh dengan teknologi pengecasan pantas 18W yang menggunakan port microUSB.

Ia turut menampilkan sokongan skrin IPS LCD sebesar 6.53 inci FHD+ dengan rekaan takuk kecil bagi menempatkan kamera swafoto 16MP. Manakala keupayaan penggambaran utamanya pula dilengkapi dengan konfigurasi tiga kamera beresolusi 16MP + 8MP (Ultra Wide Angle) + 2MP (Macro).

Vivo U3 hadir dalam tiga warna pilihan iaitu biru, hitam serta hijau, dan akan ditawarkan dalam dua varian berbeza iaitu 4GB + 64GB yang dijual pada harga CNY999 (~RM590) atau 6GB + 64GB berharga CNY1,199 (~RM710).

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend