Vivo Sahkan Kemas Kini Android Pie Untuk Perantinya Bermula Suku Ke-4 2018 Nanti Comments Off on Vivo Sahkan Kemas Kini Android Pie Untuk Perantinya Bermula Suku Ke-4 2018 Nanti

vivo semalam telah mengesahkan bahawa kemas kini Android 9.0 Pie untuk peranti keluarannya akan mula ditawarkan bermula penghujung tahun ini iaitu sekitar suku ke-4 tahun 2018 nanti. Pengesahan yang dihantar secara rasmi oleh vivo kepada Android Authority itu, walau bagaimanapun tidak pula menyatakan tarikh spesifik.

Malah pihak vivo juga tidak pula berkongsi model apa yang akan menerima kemas kini Android 9.0 Pie itu nanti, tetapi berdasarkan kepada balasan emel yang diterima daripada vivo itu ia berkemungkinan besar merujuk untuk model vivo X21. Malah peranti flagship dengan rekaan kamera tersembunyi iaitu vivo NEX juga dirasakan akan menjadi antara peranti terawal menerima kemas kini tersebut.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend