Vivo S5 Kini Rasmi Dengan Sokongan Kamera Depan Pada Skrin Dan Rekaan Kuad Kamera Unik Comments Off on Vivo S5 Kini Rasmi Dengan Sokongan Kamera Depan Pada Skrin Dan Rekaan Kuad Kamera Unik 333

Vivo kini telah mengumumkan kehadiran peranti kelas pertengahan terbaharunya iaitu Vivo S5 untuk pasaran di China. Berbeza dengan telefon pintar keluarannya sebelum ini, Vivo S5 dilihat telah menampilkan rekaan yang lebih unik dan berbeza.

Hadir dengan sokongan skrin Super AMOLED FHD+ (2400 x 1080 piksel) berukuran 6.44 inci, Vivo S5 buat pertama kalinya telah menyingkirkan rekaan kamera depan terangkat. Sebaliknya kamera depan beresolusi 32MP (f/2.45) pada peranti ini telah diletakkan di dalam paparan skrin.

Manakala untuk kamera utamanya pula, Vivo S5 menyokong kuad kamera dalam rekaan yang diinspirasikan daripada elemen bentuk berlian. Dengan susunan kamera yang agak unik, ia dilengkapi dengan kamera 48MP + 8MP (Ultra Wide Angle) + 2MP (Macro) + 5MP (Depth sensor).

Vivo S5 akan dijual di China bermula 22 November 2019 pada harga CNY2,698 (~RM1,597) untuk varian 8GB + 128GB, dan CNY2,998 (~RM1,773) untuk varian 8GB + 256GB. Terdapat tiga warna pilihan ditawarkan iaitu Icelandic Blue, Phantom Blue, dan juga Star Black.

Spesifikasi Vivo S5:

  • Funtouch OS 9.2 (Android 9.0 Pie)
  • Qualcomm Snapdragon 712
  • 8GB + 128GB / 8GB + 256GB
  • 6.44 inci Super AMOLED FHD+ (2400 x 1080 piksel)
  • Kamera depan: 32MP (f/2.45)
  • Kamera utama: 48MP (f/1.79) + 8MP (Ultra Wide Angle, f/2.2) + 2MP (Macro, f/2.4) + 5MP (Depth sensor, f/2.48)
  • 4100mAh (Pengecasan pantas 22.5W)
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0, 3.5mm audio jack, USB Type-C
  • Pengimbas cap jari dalam skrin
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend