Vivo S5 Dedah Rupa Sebenar, Akan Lancar Pada 14 November Ini Comments Off on Vivo S5 Dedah Rupa Sebenar, Akan Lancar Pada 14 November Ini 169

Jika vivo S1 dilancarkan pada bulan Julai lalu, kini tarikh pelancaran generasi kedua telah ditetapkan pada 14 November 2019. vivo S5 telah diperlihatkan dalam poster rasmi promosi baru-baru ini menerusi laman Weibo syarikat.

Kali ini, rupa panel depan didedahkan menunjukkan peranti hadir dengan rekaan kamera berlubang pada skrin disamping tampil dengan bezel nipis. Disebabkan tiada pengesan biometrik pada panel belakang dan depan, ia dipercayai dilengkapi pengimbas cap jari di bawah skrin yang sudah tentu menggunakan panel OLED.

Bahagian belakang pula mengenakan konfigurasi kuadkamera dengan orientasi lain daripada lain. Selain mempunyai cop jenama di bahagian bawah, ia turut menyertakan perkataan “48 Megapiksel” pada modul kamera.

Menurut TENAA, vivo S5 akan dikuasakan SoC Snapdragon 712 yang dipadankan 8GB RAM serta 256GB storan. Pada skrin 6.44-inci pula ia membekalkan kamera depan 32MP manakala kamera belakang mengumpulkan lensa 8MP ultralebar, 5MP kedalaman, dan 2MP makro. Terakhir sekali, bateri 4010mAh diikuti sambungan microUSB atau USB-C melengkapkan peranti.

sumber

Baca juga:

Spesifikasi Dan Rekaan Vivo S5 Berjaya Didedahkan Sebelum Dilancarkan Pada 14 November Nanti

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend