Vivo S1 Pro Diperkenalkan Dengan Snapdragon 675, Kamera Terangkat 32MP, Paparan Super AMOLED Comments Off on Vivo S1 Pro Diperkenalkan Dengan Snapdragon 675, Kamera Terangkat 32MP, Paparan Super AMOLED

Pada bulan Mac lalu, Vivo telah memperkenalkan Vivo S1 dengan cip pemproses Helio P70 dan kamera depan terangkat 24.8MP. Hari ini, model Pro pula ditampilkan di China dengan perkakasan yang lebih baik.

Vivo S1 Pro memiliki reka bentuk yang serupa dengan model dibawahnya tetapi daripada segi skrin, S1 Pro hadir dengan paparan Super AMOLED 6.39-inci lebih kecil berbanding IPS LCD 6.53-inci pada S1. Di bahagian dalam dimuatkan cip pemproses Snapdragon 675 yang digandingkan bersama memori 6GB atau 8GB RAM. Saiz storan pula dilihat menawarkan keluasan 256GB, 2x ganda lebih besar berbanding model standard.

Daripada segi kamera, S1 Pro dilengkapi sistem tri-kamera belakang yang menggabungkan sensor 48MP + 8MP (sudut lebar) + 5MP (kedalaman) disamping kamera swafoto 32MP yang menyokong pengimbas wajah untuk nyahkunci peranti. Selain itu, peranti ini turut menyokong pengimbas cap jari dalam skrin kerana ia tidak memiliki sistem biometrik di panel belakang seperti S1.

Vivo S1 Pro dijana sistem operasi Funtouch OS 9 berasaskan Android 9.0 Pie terus dari kotak. Bagi melengkapkan peranti, ia didatangkan dengan butang dedikasi arahan suara Jovi (berasaskan AI) di sisi kerangka serta dibungkus bersama bateri sebesar 3,700mAh yang boleh dicas melalui sambungan microUSB.

Peranti ini hadir dengan dua pilihan warna Biru dan Merah dan akan dijual di China bermula 9 Mei ini pada harga bermula CNY2,698 (kira-kira RM1,661).

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend