Vivo S1 Pro Dengan Kuad Kamera 48MP, 8GB RAM Dan 4500mAh Kini Rasmi Pada Harga RM1199 Comments Off on Vivo S1 Pro Dengan Kuad Kamera 48MP, 8GB RAM Dan 4500mAh Kini Rasmi Pada Harga RM1199 82

Vivo Malaysia hari ini telahpun melancarkan peranti kelas pertengahan terbaharunya iaitu Vivo S1 Pro yang menampilkan panel belakang dengan rekaan kamera yang unik.

S1 Pro menampilkan sokongan kuad kamera yang diinspirasikan daripada potongan berlian dengan resolusi 48MP (f/1.8) + 8MP (f/2.2, Super Wide Angle) + 2MP (f/2.4, Super Macro) + 2MP (f/2.4, Depth). Manakala untuk kamera depan pula ia hadir dengan kamera 32MP (f/2.0).

Dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 665 dengan kombinasi Funtouch OS 9.2 (Android 9.0 Pie), S1 Pro tersedia skrin Super AMOLED FHD+ berukuran 6.38 inci dan pengimbas cap jari dalam skrin.

Manakala ketahanan baterinya pula dijana oleh bateri berkapasiti 4500mAh dengan teknologi Dual-Engine Fast Charging 18W menggunakan USB Type-C.

Tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Knight Black dan Fancy Sky, pra-tempah Vivo S1 Pro akan bermula hari ini (3 Disember 2019) dan akan dijual bermula 7 Disember 2019 pada harga RM1199.

Pra-tempah boleh dibuat melalui Lazada, Shopee, PrestoMall dan juga Vivo Store.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend