Vivo S1 Diperkenalkan Dengan Paparan 6.53″ Dan Kamera Swafoto 24.8MP Terangkat Comments Off on Vivo S1 Diperkenalkan Dengan Paparan 6.53″ Dan Kamera Swafoto 24.8MP Terangkat 904

Vivo hari ini menambah satu lagi model telefon pintar dalam barisan pengeluarannya menerusi Vivo S1. Ia merupakan telefon pintar kelas pertengahan yang menggunakan reka bentuk seakan sama seperti Vivo V15 yang diperkenalkan pada awal bulan ini.

Perkakasan peranti ini juga agak sama, ia hadir dengan paparan 6.53-inci FHD+ tanpa takuk serta dagu nipis menjadikan nisbah peranti kepada 19.5:9. Diperkasakan cip pemproses MediaTek Helio P70, ia turut ditemani memori RAM sebesar 6GB dan storan seluas 128GB storan.

Vivo S1 turut menyertakan dulang kad untuk microSD sekiranya storan asal tidak mencukupi. Peranti ini dijana sistem antaramuka Funtouch OS 9 berasaskan Android 9.0 Pie. Bercakap mengenai kamera, Vivo S1 hadir dengan kamera depan terangkat sebesar 24.8MP disamping gabungan tri-kamera 12MP + 8MP (sensor ultra-lebar) + 5MP (sensor kedalaman) di bahagian belakang.

Vivo S1 didatangkan sekali dengan ciri arahan suara yang dipanggil Jovi Ai pada butang dedikasi di sebelah sisi kiri peranti. Selain itu, ia turut menyertakan mod permainan dinamakan Game Turbo bagi melancarkan pengalaman permainan pengguna. Bateri yang dimuatkan pula adalah sebesar 3,940mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W.

Vivo S1 ditawarkan dengan pilihan warna Lake Blue dan Pet Pink di China pada harga CNY2,298 atau lebih kurang RM1,392 selepas tukaran mata wang semasa. Ia akan dijual di sana bermula 1 April 2019.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend