Vivo S1 Dipercayai Akan Menjadi Peranti Pertama Di Pasaran Sokong Cipset Baharu Helio P65 Comments Off on Vivo S1 Dipercayai Akan Menjadi Peranti Pertama Di Pasaran Sokong Cipset Baharu Helio P65 258

Vivo Malaysia sebelum ini sudahpun mengesahkan akan membawa masuk siri baharunya iaitu Vivo S1 untuk pasaran tempatan dalam masa terdekat nanti. Berbeza dengan model Vivo S1 untuk pasaran di China, Vivo S1 untuk pasaran global termasuk Malaysia dan India bukan sahaja menampilkan sokongan spesifikasi yang berbeza, tetapi juga rekaan fizikal yang berlainan.

Menariknya baru-baru ini ada berita yang melaporkan bahawa model baharu daripada Vivo ini bakal menjadi peranti pertama di pasaran hadir dengan sokongan cipset MediaTek Helio P65. Hadir dengan teknologi cipset 12nm, pemproses ini mampu menjanjikan prestasi 25% lebih berkuasa melalui sokongan dua teras Cortex-A75 dan juga enam teras Cortex-A55.

Melalui ketirisan maklumat yang dikongsikan oleh portal indiashoppsVivo S1 akan menyokong paparan skrin Super AMOLED dengan pengimbas cap jari dalam skrin yang berukuran 6.38 inci FHD+, dilengkapi kamera depan 32MP, tiga kamera utama beresolusi 16MP + 8MP (Ultra Wide Angle) + 2MP (Depth sensor), memori 4GB + 128GB, dan juga bateri berkapasiti 4500 mAh dengan teknologi Dual-Engine Fast Charging.

Baca juga:

Vivo Malaysia Bakal Bawa Masuk Siri Telefon Pintar Terbaru – S1 Dan S1 Pro

Vivo S1 Dan S1 Pro Mungkin Tiba Di Malaysia Dengan Dua Warna Ini

Vivo S1 Diperkenalkan Dengan Paparan 6.53″ Dan Kamera Swafoto 24.8MP Terangkat

Vivo S1 Pro Diperkenalkan Dengan Snapdragon 675, Kamera Terangkat 32MP, Paparan Super AMOLED

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend