Vivo Perkenal Teknologi Sensor 3D TOF Dengan Keupayaan Pemetaan Objek Sehingga 3 Meter Comments Off on Vivo Perkenal Teknologi Sensor 3D TOF Dengan Keupayaan Pemetaan Objek Sehingga 3 Meter

vivo sekali lagi telah membawa satu inovasi terbaru dengan pendedahan teknologi sensor 3D TOF (Time of Flight). Dengan sokongan teknologi ini, ia mampu mengesan masa yang diambil oleh pancaran isyarat cahaya yang akan dipantulkan semula ke atas sensor selepas terkena objek.

Teknologi sensor 3D TOF ini dijangka mampu membuka peluang baru dalam pelbagai aspek termasuklah pengecaman wajah, penjejakan isyarat gerakan serta pergerakan, penggambaran 3D dan juga AR (Realiti Tambahan) untuk telefon pintar pada masa akan datang. Dilengkapi dengan 300,000 poin sensor atau 10 kali ganda lebih banyak berbanding teknologi Face ID pada iPhone X, sensor 3D TOF dari vivo ini berupaya membuat pemetaan objek 3D sehingga mencecah jarak 3 meter.

Menurut vivo, teknologi ini bukan sekadar idea konsep kerana ia sudahpun diuji dan berjaya memenuhi segala piawaian industri untuk diperkenalkan dalam aplikasi pada masa akan datang. Apa yang pasti, teknologi sensor 3D TOF dengan keupayaan AI dari vivo ini jauh lebih canggih jika dibandingkan dengan fungsi pengecaman wajah yang digunakan pada telefon pintar sedia ada di pasaran.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend