Vivo NEX Terima Kemas Kini Untuk Mempertingkatkan Keupayaan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Comments Off on Vivo NEX Terima Kemas Kini Untuk Mempertingkatkan Keupayaan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin

vivo baru sahaja melancarkan model flagship terbaiknya dengan kemunculan model vivo NEX pada pertengahan Jun 2018 yang lalu untuk pasaran di China. Malah vivo Malaysia turut mengesahkan kehadiran telefon pintar dengan sokongan teknologi pengimbas cap jari pada skrin ini untuk pasaran tempatan pada 23 Julai 2018 nanti.

Memandangkan vivo NEX menggunakan teknologi pengimbas cap jari pada skrin yang dibangunkan oleh Synaptics pada penghujung tahun 2017 yang lalu. Ia dikatakan kurang pantas dan tepat berbanding sensor pengimbas cap jari optikal tradisional yang digunakan pada telefon pintar biasa.

Baru-baru ini vivo dilihat telah membuktikan komitmennya untuk mempertingkatkan keupayaan pengimbas cap jari pada skrin untuk vivo NEX dengan menawarkan kemas kini terbaru untuk peranti itu. Dengan fail sebesar 301.07 MB, kemas kini terbaru ini menjanjikan proses imbasan cap jari yang lebih efisien dan telah dioptimumkan. Selain itu, ia turut menjanjikan prestasi sistem dan juga kestabilan pengoperasian peranti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend