Vivo NEX Dilancarkan Pada Harga RM2,799 – 28 Julai Tarikh Mula Dijual 0 325

Vivo Malaysia hari ini telah melancarkan vivo NEX ke pasaran tempatan pada harga jauh lebih murah berbanding Oppo Find X. Dengan jurang harga hampir RM1,000, anda kini boleh mendapatkan peranti tercanggih daripada vivo bermula 28 Julai depan.

vivo NEX sebuah telefon pintar yang hadir dengan skrin penuh bersaiz 6.59-inci FHD+ Super AMOLED yang juga berfungsi sebagai pengimbas cap jari terbina pada skrin. Skrin yang besar ini turut menawarkan warna gamut P3 untuk paparan warna yang lebih menyerlah.

Dikuasakan dengan cipset Snapdragon 845, ia telah dioperasikan dengan Android 8.1 Oreo disamping antaramuka FunTouch OS 4.0 yang menyokong penggambaran AI versi kedua khusunya untuk kamera utama dan kamera depan. Memori didatangkan dengan RAM 8GB dan storan 128GB, malangnya tidak ada slot untuk kad microSD.

Kamera utama yang hadir ialah bersaiz 12MP aperture f/1.8 dan 5MP f/2.4 dengan fungsi 4-paksi OIS. Ciri fotografi seperti AI Scene Recognition, AI HDR, AI Filters, dan AI Potrait telah melengkapkan fungsi AI pada sistem kamera telefon ini. Vivo mengatakan, kamera pada kali ini jauh lebih baik berbanding model-model vivo sebelum ini.

Uniknya pada vivo NEX ini ialah, kamera depan gelungsur yang akan keluar sebaik kamera depan diaktifkan. Ia dimuatkan dengan sensor 8MP bersama aperture f/2.0. Binaan kamera gelungsur ini sememangnya kukuh kerana ia telah diuji dengan beban seberat 50 kilogram selamat beberapa minit. Tiada sebarang kerosakan direkodkan untuk ujian ini. Jadi, anda tak perlu risau kalau nak beli telefon ini.

Melengkapkan peranti ini ia dijana bateri berkapasiti 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas sehingga 22W yang cukup cepat untuk bateri dipenuhkan. Selain itu Bluetooth v5.0, sambungan USB Type-C juga dibekalkan bersama.

Vivo NEX akan mula berada di kedai-kedai sah seperti SenHeng, Lazada, Shopee, 11street, dan LMall bermula 28 Julai depan. Tiada pilihan warna lain ditawarkan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend