Vivo NEX 3 Dengan Sokongan 5G Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM3,899 Comments Off on Vivo NEX 3 Dengan Sokongan 5G Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM3,899 439

Hari ini Vivo Malaysia secara rasminya telahpun melancarkan Vivo NEX 3 untuk pasaran tempatan selepas lebih kurang sebulan ia diumumkan kepada umum. Sebagaimana yang diketahui, Vivo NEX 3 telah berjaya menarik perhatian ramai melalui rekaan skrin melengkung yang dikenali sebagai ‘Waterfall FullView Display’.

Dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 855+, Vivo NEX 3 telah dioperasikan oleh Funtouch OS 9.1 berasaskan Android 9.0 Pie. Memiliki rekaan skrin yang sangat besar berukuran 6.89 inci POLED dengan resolusi FHD+ (2256 x 1080 piksel), ia turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4500mAh dengan teknologi pengecasan pantas Vivo FlashCharge 22.5W.


Menampilkan paparan skrin penuh, Vivo NEX 3 menyokong rekaan kamera depan terangkat beresolusi 16MP (f/2.0) yang turut tersedia dengan lampu swafoto. Manakala keupayaan penggambaran kamera utamanya pula menawarkan sokongan tiga kamera beresolusi 64MP (f/1.8) + 13MP (Wide Angle, f/2.2) + 13MP (Telephoto, f/2.4).

Apa yang istimewanya, Vivo NEX 3 merupakan telefon pintar pertama di negara ini yang hadir dengan sokongan rangkaian 5G. Malah ia juga turut tersedia dengan teknologi Touch Sense + X-Axis Haptic, yang mana akan memberikan efek getaran 4D apabila anda menekan sensor sensitif sentuhan bagi menggantikan ketiadaan butang fizikal untuk volume dan juga butang kuasa.

 

Vivo NEX 3 yang hadir dalam satu warna sahaja iaitu Glowing Night dan ia akan dijual dalam varian 8GB + 256GB sahaja. Dijual pada harga RM3899, pra-tempah Vivo NEX 3 sudahpun dibuka sehingga esok (18 Oktober 2019) dan setiap unit yang ditempah akan menerima hadiah percuma bernilai RM699 (Exclusive Travel Bag + Jaminan Waranti Tambahan + Jaminan Perlindungan Skrin).

Spesifikasi Vivo NEX 3:

  • Sokong rangkaian 5G
  • Funtouch OS 9.1 (Android 9.0 Pie)
  • Qualcomm Snapdragon 855+
  • 8GB + 256GB (UFS 3.0)
  • 6.89 inci POLED Waterfall FullView Display FHD+
  • Kamera depan: 16MP (f/2.0) dengan lampu swafoto
  • Kamera utama: 64MP (f/1.8) + 13MP (Wide Angle, f/2.2) + 13MP (Telephoto, f/2.4)
  • 4500mAh (Vivo FlashCharge 22.5W)
  • Teknologi penyejukan Vapor Cooling System
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0, USB Type-C
  • 167.44 x 76.14 x 9.4mm / 218.5g
  • Glowing Night
  • RM3,899

Tonton video buka kotak Vivo NEX 3:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend