Vivo NEX 3 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 17 Oktober 2019 Comments Off on Vivo NEX 3 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 17 Oktober 2019 185

Pada pertengahan September yang lalu, Vivo telahpun memperkenalkan telefon pintar terbaharunya daripada siri Vivo NEX dengan pelancaran model Vivo NEX 3 di China. Kini tanpa perlu menunggu lama, pengguna di negara ini akan turut menyaksikan kemunculannya secara rasmi pada 17 Oktober 2019 nanti.

Sebagaimana yang kita ketahui, Vivo NEX 3 akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 855 Plus, kapasiti RAM sehingga 12GB dan juga ruang storan UFS 3.0 sebesar 256GB. Ia juga menampilkan rekaan skrin penuh Super AMOLED FHD+ berukuran 6.89 inci dengan sokongan kamera depan terangkat beresolusi 16MP (f/2.0).

Menawarkan bateri berkapasiti 4500mAh, Vivo NEX 3 turut menjanjikan pengecasan yang sangat pantas dengan sokongan output maksimum 44W. Walaupun buat masa ini tidak dapat dipastikan varian Vivo NEX yang akan dibawa masuk, Vivo Malaysia ada berkongsi tentang varian Vivo NEX 5G di dalam jemputan rasmi yang kami terima.

Baca juga:

Vivo Lancar NEX 3 Dengan 5G, Skrin Waterfall, Snapdragon 855 Plus, Kamera 64MP

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend