Vivo Malaysia Sahkan Kehadiran Vivo V19 Dengan Dwi Kamera Depan 32MP Tidak Lama Lagi Comments Off on Vivo Malaysia Sahkan Kehadiran Vivo V19 Dengan Dwi Kamera Depan 32MP Tidak Lama Lagi

Tidak dinafikan lagi bahawa persaingan telefon pintar dari segmen kelas pertengahan sememangnya lebih sengit kerana ia memiliki permintaan pasaran yang lebih tinggi.

Jadi bagi memastikan Vivo sentiasa mengekalkan momentumnya di pasaran, Vivo Malaysia telah mengesahkan akan melancarkan satu lagi model terbaharu daripada siri Vivo V dengan kemunculan Vivo V19 untuk pasaran tempatan.

Vivo V19 dipercayai akan hadir dengan sokongan dwi kamera depan beresolusi 32MP untuk memastikan hasil gambar swafoto yang lebih cantik. Berdasarkan video acah yang dikongsikan, Vivo V19 menampilkan rekaan lubang dwi kamera pada sisi kanan skrinnya.

Bahkan jika dilihat pada imej acah yang dikongsikan oleh Vivo Malaysia, ia memberi klu bahawa Vivo V19 akan turut menyokong mod penggambaran malam.

Buat masa ini spesifikasi lanjut dan juga tarikh pelancaran rasmi Vivo V19 di Malaysia masih lagi belum didedahkan. Namun begitu Vivo Indonesia sebelum ini telahpun mengesahkan pelancaran Vivo V19 di negara itu pada 10 Mac ini.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend