Vivo Malaysia Anjur Promosi ‘CNY Mega Sales’ Secara Eksklusif Di Lazada – 16 Hingga 19 Januari 2019 Comments Off on Vivo Malaysia Anjur Promosi ‘CNY Mega Sales’ Secara Eksklusif Di Lazada – 16 Hingga 19 Januari 2019

Bersempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang akan tiba pada awal Februari nanti, Vivo Malaysia bakal mengadakan jualan promosi ‘CNY Mega Sales’ secara eksklusif di Lazada.

Promosi yang berlangsung selama empat hari iaitu bermula daripada 16 hingga 19 Januari 2019 itu nanti akan menjanjikan tawaran hebat pada harga serendah RM399. Pembelian yang dibuat sepanjang promosi itu juga akan turut menerima angpau edisi terhad daripada Vivo.

Lebih menariknya sehingga 16 Februari 2019 nanti, setiap pembelian telefon pintar Vivo di Lazada akan turut menerima baucar tunai sebanyak RM25 untuk pembelian RM500(VIV25CNY), RM40 untuk pembelian RM800 (VIV40CNY), dan juga RM80 untuk pembelian RM1,100 (VIV80CNY).

Selain itu pembeli juga kini sudah boleh memiliki pakej pembelian menarik untuk model terpilih pada harga promosi yang lebih murah. Sebagai contoh, Vivo Y81 (RM799) + Vivo Speaker (RM69) pada harga RM599, Vivo Y85 (RM899) + Vivo Speaker (RM69) berharga RM699 (tempoh terhad), dan Vivo V9 (RM999) + Bluetooth Headphone (RM199) berharga RM799 (tempoh terhad).

  • Sertai promosi Vivo CNY Mega Sales → Lazada
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend