vivo Malaysia Akan Lancar V19 Pada 23 April 2020 Comments Off on vivo Malaysia Akan Lancar V19 Pada 23 April 2020

vivo V19 akhirnya akan dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan pada 23 April ini selepas poster penstriman langsung pelancaran peranti dimuat naik di laman Facebook rasmi vivo Malaysia.

Menerusi poster, vivo Malaysia turut mengajak orang ramai untuk menyaksikan majlis pelancaran tersebut pada jam 6 petang malah akan memberikan tiga unit telefon V19 kepada penonton yang bertuah.

vivo V19 telah diperkenalkan secara rasmi pada awal bulan ini yang mana telefon itu hadir dengan rekaan kamera berlubang pada skrin. Rekaan terbaru itu sekaligus telah menyingkirkan rekaan kamera pop-naik pada dua generasi sebelum ini.

Pada masa sama vivo Malaysia juga turut mengumumkan kempen pra-tempah V19 di Lazada yang mana ia akan berlangsung selama enam hari bermula 23 hingga 28 April 2020. Tawaran eksklusif kepada pelanggan terawal menyediakan tiga hadiah bernilai lebih RM548.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend