Vivo Jenama Telefon Kedua Paling Laris Dalam Jualan Shopee 4.4 Brands Festival Comments Off on Vivo Jenama Telefon Kedua Paling Laris Dalam Jualan Shopee 4.4 Brands Festival

Shopee 4.4 Brands Festival telah diadakan pada 20 April hingga 4 Mac yang lalu, menawarkan promosi jualan dengan potongan harga menarik merangkumi hampir semua barangan termasuklah telefon pintar.

Pembelian dalam talian menjadi pilihan alternatif kepada pengguna semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Dengan lebih 16 jenama yang menyertai kempen Shopee 4.4 ini, vivo antara salah satu jenama yang mengadakan tawaran menarik kepada pelanggan mereka.

Sehubungan dengan itu, vivo melalui kenyataan media terbaru telah mengumumkan bahawa vivo telah berjaya meraih tempat kedua sebagai jenama telefon pintar paling laris sepanjang kempen Shopee 4.4. Brands Festival berlangsung.

Vivo Malaysia turut memaklumkan bahawa mereka akan melancarkan vivo V19 untuk pasaran tempatan tidak lama lagi selepas banyak iklan promosi mengenai peranti telah mula kelihatan di kaca skrin.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend