Vivo iQOO Neo Dengan Snapdragon 855 Akan Diumumkan Minggu Depan Comments Off on Vivo iQOO Neo Dengan Snapdragon 855 Akan Diumumkan Minggu Depan 308

Vivo yang memiliki iQOO sebagai sub-jenama hari ini dilaporkan bakal melancarkan telefon pintar iQOO Neo generasi terbaru pada minggu hadapan. Apa yang menarik tentang perkhabaran ini adalah ia akan dilengkapi cipset Snapdragon 855.

Di China, iQOO Neo dengan Snapdragon 845 dijual pada harga mampu milik yang mana mampu menggugat telefon mercu lain. Sebagai contoh di sana, peranti ini dijual pada harga kurang dari RM1200 sebuah.

Untuk iQOO Neo versi kedua boleh kami katakan, harganya masih lagi menjadi tanda tanya tetapi tidak mustahil akan memakai tanda harga lama. Jadi, sama-sama kita nantikan pada 24 Oktober ini untuk pendedahan lebih lanjut.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend