Vivo iQOO Neo Bakal Diperkenalkan Dalam Varian 4GB RAM, Disasarkan Untuk Segmen Lebih Mampu Milik Comments Off on Vivo iQOO Neo Bakal Diperkenalkan Dalam Varian 4GB RAM, Disasarkan Untuk Segmen Lebih Mampu Milik 209

Awal Julai 2019 yang lalu Vivo telah melancarkan model iQOO Neo yang merupakan versi lebih mampu milik berbanding model iQOO yang menjanjikan sokongan spesifikasi yang lebih berkuasa. Jika sebelum ini iQOO Neo telah ditawarkan dalam dua varian iaitu 6GB dan juga 8GB, nampaknya Vivo bakal memperkenalkan satu lagi varian lebih mampu milik dengan RAM berkapasiti 4GB.

Didedahkan melalui laman TENAA, Vivo China dilaporkan akan memperkenalkan iQOO Neo 4GB RAM yang secara keseluruhannya dilihat masih mengekalkan sokongan spesifikasi yang sama seperti sebelum ini. Namun begitu, kapasiti bateri yang disokong sedikit lebih kecil iaitu 4420mAh berbanding 4500mAh pada varian 6GB dan 8GB RAM.

Spesifikasi lain yang disokong termasuklah skrin AMOLED FHD+ berukuran 6.38 inci, tiga kamera utama beresolusi 12MP + 8MP (Ultra Wide Angle) + 2MP (Depth sensor), kamera depan 12MP, 4D Game Shock 2.0, dan akan dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 845.

sumber

Baca juga:

iQOO Neo Dilancarkan Dengan Snapdragon 845, Bateri 4500 mAh Dan Skrin Super AMOLED

Vivo Lancar iQOO Dengan Snapdragon 855, 12GB RAM Dan Ciri Multi-Turbo Untuk Kelancaran Permainan

Telefon Pintar Gaming iQOO Berharga RM2399 Akan Dijual Pada 22 Jun Ini Di Malaysia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend