Vivo iQOO Neo 855 Dilancarkan Di China, Pengecasan Pantas 33W Berharga RM1183 Comments Off on Vivo iQOO Neo 855 Dilancarkan Di China, Pengecasan Pantas 33W Berharga RM1183 274

Vivo menerusi sub-jenama mereka hari ini telah memperkenalkan iQOO Neo 855. Ia boleh dikatakan model tingkat taraf yang kini diperkasakan Snapdragon 855 dan menyokong pengecasan pantas 33W.  Menurut syarikat, bateri sebesar 4500mAh ini boleh dicas 30% lebih pantas berbanding teknologi 22.5W pada generasi terdahulu.

Selain daripada itu, ia hampir sama dengan melalui padanan skrin 6.38-inci Super AMOLED bertakuk titisan air dengan sokongan pengimbas cap jari pada skrin, tiga kamera belakang, serta menjalankan Funtouch OS 9 berasaskan Android Pie.

Memandangkan iQOO Neo 855 ialah sebuah telefon pintar permainan, ia didatangkan dengan integrasi khusus untuk permainan seperti Game Magic Box dan Game Space 2.5. Secara teknikalnya, peranti ini menyertakan tiub berdiameter kecil di bahagian dalam untuk sistem penyejukan.

iQOO Neo 855 dikeluarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Purple, Aurora White, dan Black dengan konfigurasi memori UFS 2.0 untuk varian asas manakala varian seterusnya menggunakan UFS 3.0.

  • 6GB + 64GB – CNY1998 ( ~RM1183)
  • 8GB + 256GB = CNY2698 (~RM1598)

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend