Vivo APEX 2020 Muncul Dalam Poster Acah Terbaru Menunjukkan Keupayaan Zum Semata-mata Comments Off on Vivo APEX 2020 Muncul Dalam Poster Acah Terbaru Menunjukkan Keupayaan Zum Semata-mata

Telefon pintar konsep Vivo APEX 2020 akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini dan menurut Vivo ia akan berlangsung pada minggu ini, 28 Feb 2020.

Sebelum tiba pada tarikh tersebut, kelibat peranti itu kini sudah mula kelihatan di laman sesawang menerusi poster acah terbaru. Berdasarkannya, Vivo dilihat cuba memberi petunjuk yang peranti itu menekankan kepada keupayaan kamera iaitu pada kebolehan mengezum.

Dengan menindihkan lima lensa, apa yang kami rasakan ialah Vivo APEX 2020 mungkin menyokong 5x zum optikal atau lebih. Malahan jika rujuk kepada poster acah sebelum ini, APEX 2020 bakal hadir dengan konfigurasi kamera periskop. Memandangkan ia sebuah telefon konsep, kita juga boleh menjangkakan sesuatu yang luar biasa pada sistem penggambaran.

Menurut imej daripada BenGeskin, seorang yang terkenal dengan imej pengolokannya, APEX 2020 bakal menyertakan kamera gimbal 48MP. Jika benar, ini bermakna anda boleh merakam video dengan lebih stabil sama seperti telefon yang ditambat dengan DJI Osmo Mobile. Selain kamera periskop dan kamera gimbal, telefon ini juga menyokong rangkaian selular generasi kelima.

Pengolokan Vivo APEX 2020

Bila sebut mengenai 5G, sudah tentu cip pemproses yang disumbat pada telefon ini adalah Snapdragon 865. Disamping itu, APEX 2020 turut dipadankan bersama paparan melengkung yang mungkin sama seperti Vivo NEX 3.

Walaubagaimanapun, semua perkara ini bakal terjawab apabila ia dilancarkan kelak. Sama-sama kita nantikan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend