ViewSonic M1 – Projektor Mudah Alih Terbaik Setakat Ini Dengan Harga RM1,349 Comments Off on ViewSonic M1 – Projektor Mudah Alih Terbaik Setakat Ini Dengan Harga RM1,349

ViewSonic Malaysia hari ini melancarkan projektor mudah alih terbaharu mereka yang dinamakan ViewSonic M1 ke pasaran Malaysia. Projektor berteknologi LED ini diperkenalkan dengan tanda harga RM1,349 seunit. Jadi apa yang menarik mengenai projektor ini ialah ia memiliki speaker Harmon Kardon terbina-dalam.

ViewSonic M1 mampu memancarkan kandungan video ke dinding atau siling rumah selama enam jam. Selain daripada itu, ia juga dilengkapi memori dalaman 16GB untuk simpanan fail seperti video. Teknologi LED yang diguna pakai juga berupaya untuk tahan lama sehingga 30,000 jam dengan penggunaan secara berterusan.

Walaupun dibina dengan tubuh badan yang kecil, ViewSonic M1 mempunyai kecerahan sehingga 250 lumens dan nisbah kontras 120,000:1. Lensa short-throw yang dimuatkan pula boleh membesarkan imej di dalam lokasi yang kecil seperti contoh di dalam bilik tidur, jadi produk ini sangat sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.

Daripada segi sambungan, ViewSonic M1 dilengkapi port USB 2.0 dan USB Type-C untuk memudahkan pengguna menyambung kandungan terus daripada telefon pintar tablet.

Selain itu, pihak ViewSonic juga memperkenalkan projektor 4K UHD (PX747-4K) untuk pengalaman tontonan yang lebih imersif. Jurang harga antara projektor ini dengan ViewSonic M1 amat jauh sekali iaitu berharga RM5,999 seunit.

Dengan tahap kecerahan sehingga 3,500 lumens, para pengguna boleh memancarkan kandungan 4K untuk Playstation 4 (seperti contoh) terus ke dinding tanpa sebarang masalah. Kualiti paparan pula tidak jauh beza dengan paparan yang dihasilkan daripada TV LED 4K di pasaran.

Teknologi yang digunakan pula telah menerima anugerah daripada Anugerah Academy dan teknologi ini kini sedang digunakan di banyak panggung wayang di seluruh dunia. Melaluinya, kandungan yang dipancarkan dapat memaksimumkan warna yang lebih tepat dan jitu, dalam masa sama nisbah kontras yang tinggi.

ViewSonic M1 dan ViewSonic 4K UHD (PX747-4K) kini dijual di kebanyakan pengedar sah seluruh negara. Sementara untuk dalam talian, anda boleh membelinya di Lazada atau 11street bermula hari ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend