[Video] Xiaomi Black Shark 2 Disahkan Hadir Dengan Efek Lampu RGB Comments Off on [Video] Xiaomi Black Shark 2 Disahkan Hadir Dengan Efek Lampu RGB

Xiaomi Black Shark generasi pertama sebelum ini telah dilancarkan secara rasmi pada bulan April yang lalu, dan tidak sampai enam bulan selepas itu tertiris pula rekaan untuk generasi keduanya iaitu Black Shark 2 yang mendedahkan pembaharuan reka bentuk pada kamera utama serta pengimbas cap jarinya.

Imej Xiaomi Black Shark 2 yang berjaya diperolehi di laman rasmi TENAA di China.

Hari ini satu lagi ketirisan berkaitan Black Shark 2 telah dikongsikan oleh pengguna di Weibo yang memperlihatkan sokongan lampu RGB sebagaimana Razer Phone 2 dan juga ASUS ROG Phone. Apa yang uniknya, sokongan lampu RGB itu bukan sahaja boleh dilihat pada logo tetapi ia juga turut diletakkan pada kedua-dua sisi kerangkanya.

Berdasarkan pendedahan di TENAA, Black Shark 2 dengan nombor model AWM-A0 akan hadir dengan paparan skrin 18:9 berukuran 5.99 inci FHD+ (2160 x 1080 piksel). Lebih istimewanya, ia juga dipercayai menyokong teknologi paparan DCI-P3 dengan gamut warna sehingga 97%. Malah ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa Black Shark 2 akan tampil dengan kadar segar semula skrin mencecah sehingga 120Hz.

Ketirisan awal spesifikasi Black Shark 2:

  • Qualcomm Snapdragon 845
  • Adreno 630
  • 8GB + 128GB
  • 5.99 inci FHD+
  • 4000 mAh
  • Teknologi penyejukan cecair
  • Sensor pengimbas cap jari pada panel belakang
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend