Video Promo Motorola Edge+ Dan Edge Diperlihatkan – Snapdragon 865, Skrin 90Hz, Kamera 108MP Comments Off on Video Promo Motorola Edge+ Dan Edge Diperlihatkan – Snapdragon 865, Skrin 90Hz, Kamera 108MP

Minggu lepas Motorola tampil mengumumkan tarikh pelancaran peranti terbaru mereka tanpa menyatakan apakah model siri peranti tersebut. Ramai mempercayai peranti itu adalah daripada siri Edge.

Hari ini, Motorola telah mengesahkannya melalui dua video promo yang mana di video tersebut anda boleh lihat reka bentuk peranti dan spesifikasi utama yang dibawakan.

Motorola Edge+

Peranti ini dikategorikan sebagai telefon berspesifikasi tinggi dengan cip pemproses Snapdragon 865. Semestinya terdapat sokongan 5G untuk muat turun internet yang lebih pantas. Edge+ turut hadir dengan nisbah skrin yang memanjang. Skrin melengkung 90-darjah ini juga menyokong kadar segar semula 90Hz selain menempatkan kamera depan berlubang.

Edge+ juga menawarkan sistem kuadkamera menerusi lensa utama 108MP, ultralebar, telefoto, dan makro di bahagian belakang. Motorola turut menjanjikan hayat bateri selama dua hari untuk pengguna malah baterinya boleh dicas pantas melalui teknologi TurboPower. Akhir sekali, ia mempunyai sistem pembesar suara stereo untuk pengalaman hiburan yang lebih imersif.

Motorola Edge

Edge ialah model dibawah Edge+ yang mana telefon ini menurut video mempunyai cipset yang juga menyokong 5G. Tidak dinyatakan apakah cip yang digunakan tetapi paparan skrin masih sama iaitu jenis OLED dengan kadar segar semula 90Hz. Skrin melengkung 90-darjah ini juga menawarkan pengimbas cap jari pada skrin.

Pembesar suara stereo turut disertakan disamping kamera belakang pula sedikit berlainan. Edge diletakkan sensor utama 64MP sementara tiga kamera lain dikekalkan dengan lensa ultralebar, telefoto, dan makro. Untuk kamera depan yang berlubang pula, resolusinya ialah 25MP. Peranti ini juga menyediakan bateri tahan selama dua hari dan tidak pasti sama ada menyokong TurboPower atau sebaliknya.

Motorola Edge+ dan Edge akan dilancarkan pada 23 April 2020, jam 12 tengah malam, waktu Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend