Video Pengolokan OnePlus 7 Memperlihatkan Rekaan Dan Juga Spesifikasi Berasaskan Ketirisan Comments Off on Video Pengolokan OnePlus 7 Memperlihatkan Rekaan Dan Juga Spesifikasi Berasaskan Ketirisan

Walaupun OnePlus 7 dipercayai akan hanya dilancarkan secara rasmi sekitar Mei 2019 nanti, pelbagai maklumat berhubungnya telah berjaya didedahkan kepada umum.

Apa yang menariknya, berdasarkan ketirisan maklumat yang telah berjaya diperolehi, individu yang sememangnya terkenal dengan video dan imej pengolokan iaitu Concept Creator telah menzahirkannya rekaan dan spesifikasi OnePlus 7 dalam video berdurasi kurang 2 minit.

Berdasarkan video tersebut, anda bukan sahaja boleh melihat rekaan awal OnePlus 7, tetapi ia turut memperlihatkan sokongan spesifikasinya yang boleh disimpulkan seperti berikut:

  • Tiga kamera utama – 48MP + 20MP + 5MP
  • Kamera depan terangkat – 16MP (f/1.9)
  • Cipset – Qualcomm Snapdragon 855
  • RAM – 8GB hingga 12GB
  • Bateri – 4000 mAh dengan OnePlus Dash Charging 44W
  • Skrin – 6.41 inci AMOLED (skrin penuh)

Baca juga:

Imej Dan Video Pengolokan OnePlus 7 Memperlihatkan Kamera Swafoto Jenis Pop-up Dan Tiga Kamera Utama

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend