Video Pengiklanan Xiaomi Mi MIX 3 Memperlihatkan Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Panel Belakangnya?! Comments Off on Video Pengiklanan Xiaomi Mi MIX 3 Memperlihatkan Sokongan Pengimbas Cap Jari Pada Panel Belakangnya?!

Sebagaimana yang kita ketahui, Mi MIX 3 akan menampilkan paparan skrin penuh dengan rekaan gelongsor yang sama seperti Honor Magic 2. Malah pelbagai ketirisan maklumat berkaitan model ini telahpun didedahkan di Internet seperti kamera depan 24MP dengan ciri face unlock, sokongan rangkaian 5G, kapasiti RAM mencecah 10GB, dan juga keupayaan rakaman video gerak perlahan 960fps.

Memandangkan Mi MIX 3 akan dilancarkan secara rasmi pada 25 Oktober, hari ini Xiaomi telah mula mendedahkan video komersialnya yang pertama di laman sosial popular di China. Melalui penelitian yang dibuat oleh sebuah ITHome, Mi MIX 3 dilaporkan akan menyokong sensor pengimbas cap jari pada bahagian panel belakangnya.

Jadi mungkinkah Xiaomi akan memperkenalkan Mi MIX 3 dalam dua varian berbeza sebagaimana siri Mi 8 sebelum ini yang hadir dengan versi pengimbas cap jari konvensional, dan juga versi pengimbas cap jari pada skrin?! Nantikan pengumuman rasminya menjelang pelancarannya esok.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend