[Video] MediaTek Helio G70 Terbukti Lebih Berkuasa Berbanding Qualcomm Snapdragon 665 Comments Off on [Video] MediaTek Helio G70 Terbukti Lebih Berkuasa Berbanding Qualcomm Snapdragon 665

Awal tahun ini, MediaTek telahpun mengumumkan cipset Helio G70 yang dibangunkan khusus untuk telefon pintar gaming versi bajet. Dilengkapi dengan teknologi Hyper Engine, MediaTek telah cuba membuktikan keupayaan prestasi Helio G70 berbanding cipset Snapdragon 665.

Berdasarkan video yang dikongsikan, MediaTek telah menjalankan tiga ujian berbeza iaitu merangkumi skor ujian penanda aras, masa yang diambil untuk membuka aplikasi dan juga masa yang diambil untuk membuka permainan mudah alih.

Melalui perbandingan itu, Helio G70 dilihat telah berjaya mengatasi prestasi Snapdragon 665 untuk hampir semua ujian yang dijalankan. Berikut adalah keputusan yang dicatatkan:

Menariknya untuk ujian ini, MediaTek telah menggunakan model realme C3 dengan yang merupakan telefon pintar pertama dikuasakan dengan cipset Helio G70. Apa yang pasti, pengguna di Malaysia bakal menyaksikan majlis pelancaran realme C3 ini secara rasmi pada 3 Mac 2020 nanti.

Tonton video penuh berikut:

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend