[Video] Leagoo S10 Memperlihatkan Kepantasan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Kurang Dari 1 Saat Comments Off on [Video] Leagoo S10 Memperlihatkan Kepantasan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Kurang Dari 1 Saat

Baru minggu lepas kami mendedahkan model terbaru Leagoo S10 yang telah disahkan menyokong pelbagai ciri menarik seperti teknologi pengimbas cap jari pada skrin, dikuasakan dengan pemproses Helio P60 dengan sokongan AI, sokongan RAM 6GB dan sebagainya.

Hari ini Leagoo dilihat telah berkongsi sebuah video pendek yang memperlihatkan kepantasan teknologi pengimbas cap jari pada skrin yang disokong oleh Leagoo S10. Walaupun buat masa ini masih belum diketahui sama ada sensor ini datangnya daripada Qualcomm, Goodix mahupun Synaptics, tetapi ia menyaksikan proses imbasan yang sangat pantas.

Leagoo S10 yang akan dilancarkan secara rasmi pada bulan September nanti di Indiegogo, setakat ini bakal membawakan sokongan spesifikasi seperti berikut:

  • 6.21 inci AMOLED FHD+ (19:9)
  • MediaTek Helio P60
  • 64GB + RAM 6GB
  • Kamera utama: 20MP + 5MP
  • Kamera hadapan: 13MP
  • Pengimbas cap jari pada skrin
  • Harga jualan: bawah USD300
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend