Video Ini Menunjukkan Peranti Yang Didakwa iPhone 9 Comments Off on Video Ini Menunjukkan Peranti Yang Didakwa iPhone 9

Sejak beberapa minggu ini kita diperdengarkan dengan khabar angin bahawa Apple bakal memperkenalkan iPhone versi mampu milik iaitu iPhone 9 tidak lama lagi.

Hari ini satu klip video menunjukkan rekaan yang didakwa iPhone 9 mula tersebar. Berdasarkan video tersebut, iPhone 9, iPhone SE 2, atau apa sahaja yang anda namakan hadir dengan reka bentuk klasik. Apple dilihat masih meneruskan legasi iPhone SE padanya melalui kehadiran butang TouchID selain kerangka peranti yang bersegi. Tambahan, peranti ini menawarkan paparan 4-inci yang sama terdapat pada iPhone SE terdahulu.

Di bahagian belakang, iPhone 9 menyertakan satu lensa kamera berserta panel kaca dengan kemasan warna lembut. Menurut khabar angin, Apple mungkin akan menyumbat jantung peranti menggunakan cipset A13 Bionic.

iPhone 9 dijangka dilancarkan pada acara khas Apple yang akan berlangsung pada 31 Mac 2020 diikuti dengan pengenalan iPad Pro generasi baharu bersama-sama dengannya.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend