Video Google Pixel 3 XL Dengan Rekaan Takuk ‘Labuh’ Dan Juga Spesifikasinya Mula Tertiris Di Internet Comments Off on Video Google Pixel 3 XL Dengan Rekaan Takuk ‘Labuh’ Dan Juga Spesifikasinya Mula Tertiris Di Internet

Berita tentang ketirisan Google Pixel 3 XL bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini ada pihak telah berjaya mendedahkan rekaan rasminya, berkongsi gambar sebenar dalam warna Clearly White dan Google sendiri tanpa sengaja telah mendedahkan tarikh pelancaran peranti terbaharunya itu.

Panel belakang dalam warna Clearly White.

Baru-baru ini YouTuber popular dari Ukraine pula telah berkongsi video Google Pixel 3 XL itu melalui akan Telegram peribadi miliknya yang mendedahkan rekaan sebenar dan juga sokongan spesifikasi peranti tersebut. Melalui video itu, Pixel 3 XL jelas memperlihatkan rekaan rekaan takuk skrin yang agak ‘labuh’ ke bawah dan juga rekaan bezel bawah skrin yang agak besar.

Port USB Type-C dan slot kad pada bahagian bawah kerangka.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Pixel 3 XL hadir dengan sokongan skrin berukuran 6.7 inci dan dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 845. Namun begitu agak mengecewakan kerana ia dilihat hadir dengan sokongan yang agak kecil iaitu hanya 64GB dengan RAM sebesar 4GB.

Paparan Always-On-Display (AOD) pada Android Pie kini menyokong imej latar mirip seperti peranti Samsung.

Selain itu, Pixel 3 XL juga menyokong kamera satu lensa beresolusi 12.2 Megapiksel, manakala kamera hadapannya pula beresolusi 8.1 Megapiksel. Melalui video itu juga, model yang ditunjukkan ini dilihat menyokong bateri berkapasiti 3430 mAh. Walau bagaimanapun, berkemungkinan besar model di dalam video ini bukanlah model pengeluaran rasmi ataupun merupakan varian terendah untuk Pixel 3 XL.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend