Video Google Pixel 3 Lite Versi Pra-Pengeluaran Kini Tertiris Di YouTube Comments Off on Video Google Pixel 3 Lite Versi Pra-Pengeluaran Kini Tertiris Di YouTube

Ketirisan model Google Pixel 3 Lite di Internet bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini ia pernah dikongsikan oleh sebuah blog berbahasa Rusia sejak November tahun lepas. Bahkan setakat ini juga kita telahpun sedia maklum dengan spesifikasi yang disokong oleh Google Pixel 3 Lite.

Menariknya baru-baru ini pemilik akaun YouTube iaitu Andro News telah mendedahkan rekaan sebenar Google Pixel 3 Lite melalui perkongsian video YouTube bertarikh 16 Januari 2019. Walau bagaimanapun, Google Pixel 3 Lite yang didedahkan di dalam video itu dipercayai merupakan versi pra-pengeluaran kerana ia tidak menggunakan logo ‘G’ (Google) pada panel belakangnya.


Spesifikasi awal Google Pixel 3 Lite:

  • Android 9.0 Pie
  • Qualcomm Snapdragon 670 (10 nm)
  • 4GB + 32GB
  • 5.56 inci IPS LCD FHD+ (2220 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 12MP (f/1.8, 28mm, 1/2.55″, 1.4μm, OIS)
  • Kamera depan: 8MP
  • 2915 mAh (Quick Charge 4+)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend