Video Dan Spesifikasi Sony Xperia L3 Dengan Pengimbas Cap Jari Pada Sisi Kerangka Kini Tertiris?! Comments Off on Video Dan Spesifikasi Sony Xperia L3 Dengan Pengimbas Cap Jari Pada Sisi Kerangka Kini Tertiris?!

Sony Xperia L2 sebelum ini telahpun diperkenalkan secara rasmi di Malaysia pada awal tahun ini dengan harga jualan RM999, serentak dengan dua lagi model iaitu Xperia XA2 dan juga Xperia XA2 Ultra.

Kini dalam diam-diam Sony nampaknya bakal membawakan generasi baharu untuk model tersebut, selepas video yang dipercayai milik Sony Xperia L3 telah mula tertiris di Internet. Video eksklusif tidak rasmi di YouTube yang telah dimuat naik oleh Pricebaba.com ini turut mendedahkan sokongan awal spesifikasi peranti ini.

Jika benar video yang tertiris ini merupakan model Sony Xperia L3, berkemungkinan besar ia akan diperkenalkan pada Januari tahun depan iaitu di dalam acara CES 2019 nanti.

Maklumat awal berhubung spesifikasi Sony Xperia L3:

  • 5.7 inci HD+ dengan nisbah paparan 18:9
  • Memiliki kerangka setebal 9mm
  • Sokong port USB Type-C
  • Dilengkapi bicu audio 3.5mm
  • Hadir dengan dwi kamera utama
  • Sensor pengimbas cap jari di sisi kerangka
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend