Video Dan Imej Sebenar Prototaip ASUS ZenFone 6 Dengan Rekaan Takuk Kecil Di Panel Kanan Skrin Tertiris Comments Off on Video Dan Imej Sebenar Prototaip ASUS ZenFone 6 Dengan Rekaan Takuk Kecil Di Panel Kanan Skrin Tertiris

MWC 2019 telahpun dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 28 Februari, dan ASUS merupakan salah satu jenama yang akan mengambil bahagian di dalam acara itu. Sebagaimana sebelum-sebelum ini, ASUS akan mendedahkan model flagship keluarannya dari siri ZenFone dan untuk tahun hadapan ASUS dipercayai bakal hadir dengan siri ZenFone 6.

Walaupun tahun 2018 masih lagi belum berakhir, beberapa prototaip untuk model itu dilihat sudah mula tertiris di Internet. Melalui gambar dan video yang dikongsikan di Internet, ASUS ZenFone 6 kini memiliki rekaan takuk yang jauh lebih kecil (mirip seperti Essential Phone) dan ditempatkan pada sisi kanan skrin.

Lebih menariknya kedudukan lubang earpiece yang mungkin juga berfungsi sebagai speaker stereo kini ditempatkan antara bezel dan juga kerangka logamnya. Manakala bahagian bawah kerangka prototaip ASUS ZenFone 6 ini pula menempatkan port USB-C, speaker stereo, dan juga bicu audio 3.5mm.

Bahagian panel belakang ZenFone 6 yang diperbuat daripada kaca melengkung ini juga telah tersedia dengan dwi kamera yang direka secara menegak. Lebih unik, rekaan sensor pengimbas cap jari pada prototaip ini juga telah diletakkan selari dengan rekaan dwi kamera tersebut.

 

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend