Video: Buka Kotak Vivo iQOO Comments Off on Video: Buka Kotak Vivo iQOO 575

Buat pertama kali Vivo hadir dengan telefon pintar gaming yang dinamakan iQOO, menawarkan spesifikasi tinggi khusu untuk penggemar permainan mudah alih. Ia dilengkapi spesifikasi tinggi seperti penggunaan cipset Snapdragon 855, memori besar 12GB RAM dan 128GB storan. Menariknya, bateri yang diguna pakai cukup besar iaitu 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 44W. Difahamkan bateri ini boleh dipenuhkan dalam masa yang cukup singkat iaitu sekitar 45 minit.

Bagi yang ingin memiliki peranti ini, anda boleh dapatkannya di Satu Gadget pada harga RM2,399 seunit. Kami difahamkan kedai ini merupakan pengedar pertama di Malaysia yang menawarkan kepada orang ramai. Daripada segi jaminan pula, ia didatangkan dengan jaminan satu (1) tahun daripada Vivo Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend