Video: Buka Kotak Realme 5 Comments Off on Video: Buka Kotak Realme 5 275

Realme 5 ialah sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang baru dilancarkan pada minggu lalu. Pra-tempah untuk peranti ini telah dibuka kepada orang ramai bermula hari ini melalui Lazada. Harga yang ditawarkan pula adalah RM599 untuk varian 3GB + 64GB manakala varian 4GB + 128GB dijual dengan RM799 sebuah.

Realme 5 boleh diletakkan secara bersebelahan dengan peranti dalam kelas yang sama seperti Redmi Note 8 dan OPPO A5 2020 yang mana setiap darinya memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Untuk Realme 5 ia hadir dengan bateri 5000mAh yang terbukti tahan lama kerana dilengkapi paparan skrin 6.5-inci HD+. Penggunaan cip Snapdragon 665 juga mendorong kepada peranti untuk beroperasi dengan cekap tenaga dan jimat bateri.

→ Beli Realme 5: Lazada

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend