Video Buka Kotak HUAWEI Mate X Dengan Rekaan Skrin Boleh Lipat Mula Tersebar Di Internet Comments Off on Video Buka Kotak HUAWEI Mate X Dengan Rekaan Skrin Boleh Lipat Mula Tersebar Di Internet

Berdasarkan laporan yang telah dikongsikan semalam, telefon pintar dengan rekaan skrin boleh lipat 5G pertama di dunia iaitu HUAWEI Mate X telah dikhabarkan akan dilancarkan secara rasmi di China pada hujung bulan Oktober ini. Didedahkan buat pertama kalinya pada Februari 2019 yang lalu, baru-baru ini satu video buka kotak HUAWEI Mate X pula telah berjaya dikongsikan kepada umum.

 

Berdasarkan video pendek berdurasi 59 saat itu, HUAWEI Mate X didatangkan dalam kotak pembungkusan berwarna hitam yang lengkap dengan sarung pelindung kulit untuk menyimpan peranti itu apabila ia dilipat. Malah rekaan butang HUAWEI Mate X versi komersial ini juga telah menampilkan sedikit kelainan pada butang kuasanya.

Apa yang menarik perhatian kami adalah rekaan skrin boleh lipat pada unit di dalam video itu kelihatan lebih licin permukaannya berbanding unit demo yang sebelum ini terdapat kedutan pada permukaan skrinnya. Bagi melihat dengan lebih jelas rekaan dan juga aksesori penuh yang ditawarkan, nantikan kemunculan rasminya menjelang hujung bulan ini.

Baca juga:

HUAWEI Mate X Akan Dijual Di China Pada Penghujung Bulan Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend