Video Buka Kotak HUAWEI Mate 30 Pro Dikongsikan Sebelum Hari Pelancaran Rasminya Esok Comments Off on Video Buka Kotak HUAWEI Mate 30 Pro Dikongsikan Sebelum Hari Pelancaran Rasminya Esok

Tinggal sehari sahaja lagi untuk HUAWEI melancarkan siri Mate 30 secara rasmi di Munich, Jerman, dan seperti biasa ada sahaja individu yang akan cuba mendedahkan pelbagai maklumat berhubung peranti itu di Internet. Baru-baru ini satu video buka kotak HUAWEI Mate 30 Pro dalam warna Space Silver pula berjaya dikongsikan kepada umum.

Berdasarkan video berdurasi sekitar 32 saat itu, ia jelas memperlihatkan rekaan panel belakang kaca dengan sokongan empat kamera matriks yang ditempatkan dalam rekaan bulat bagi menggantikan rekaan kamera matriks segi empat pada siri Mate 20 pada tahun lepas. Manakala rekaan skrin depannya pula tampil jauh lebih melengkung dengan sentuhan takuk lebar pada bahagian atas skrin.

Melalui pendedahan sebelum ini, Mate 30 Pro akan menyokong empat kamera LEICA beresolusi 40MP Cine Camera (lensa utama) + 40MP SuperSensing Camera + 8MP (Telephoto) + ToF (3D Depth Sensing Camera). Ia juga akan dikuasakan dengan cipset Kirin 990, dan bateri berkapasiti 4500mAh dengan pengecasan pantas 40W serta pengecas tanpa wayar 27W.

Mate 30 Pro akan dilancarkan serentak dengan Mate 30, Mate 30 RS dan juga Mate 30 Lite bermula esok (19 September 2019).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend